A Journey of Charity and Light During Lent

In this Lenten season, let us reflect together on changes in our lives and personalities. Have I ever experienced peace, freedom, gratitude and joy? Every year, we make resolutions to improve our lives. The increasingly challenging world tends to lead us towards a self-centered life, neglecting others. This is due to a lack of good communication and interaction, with virtual interactions becoming the norm in today’s life.

Living in this imperfect world, focusing only on ourselves makes life incomplete; we need each other. We should try to love others regardless of their background. In this Lenten season, we are encouraged to remember those in need. Practicing love, compassion and awareness of others’ shortcomings allows us to live humbly in simplicity. This way, we are grateful for the “wealth” we have, especially our family, health and appreciate every gift, blessing and grace from God.

Giving sincerely never leads to loss but is a sharing of the blessings we receive. We may not be able to do grand things, but it is wise to do things according to our abilities, even if they are small. Usually, charitable acts involve financial contributions, but I believe spending time visiting less fortunate relatives or long-forgotten friends is meaningful. Our presence and encouraging words can bring hope to those struggling in life or illness. Pray for them and ask for God’s intervention (Mt. 25:35-36).

When helping, do not expect rewards as it may disappoint us. Act with sincerity and always surrender to God to guide us in everything we do. With faith, our reward is already prepared when we migrate from this world to the new life later.

This Lenten season also focuses on the journey towards the peak of victory, where we are reminded of the renewal of baptism during Easter, our hope for eternal life. We should not choose to live in darkness but should strive to live in the light of Christ and share that light with everyone. Act, don’t just speak. Believe and be confident that God is with us in everything we do because He is faithful in all things and provides strength to us. (Bro. Bonny)


Prapaska ini, mari kita sama-sama merenungkan perubahan dalam kehidupan dan keperibadian sendiri. Pernahkan saya mengalami kedamaian, kebebasan, kesyukuran dan sukacita? Setiap tahun kita mempunyai azam untuk mengubah kehidupan yang lebih baik. Dunia yang semakin mencabar ini membawa kita cenderung untuk memilih kehidupan tanpa memperdulikan orang lain atau lebih mementingkan diri sendiri. Hal ini kerana kurangnya perhubungan atau komunikasi yang baik serta berinteraksi secara maya menjadi norma kehidupan kini.

Hidup di dunia ini tidak sempurna jika kita hanya mementingkan diri, kita saling memerlukan satu sama lain. Kita harus cuba untuk mengasihi sesama tanpa mengira latar belakang. Dalam prapaska ini, kita digalakkan untuk mengingati golongan yang kekurangan. Amalan mengasihi, berbelas kasih dan sedar akan kekurangan orang lain memberi ruang kepada kita rendah hati untuk hidup dalam kesederhanaan. Dengan itu, kita sentiasa bersyukur dengan ‘harta’ yang kita miliki terutamanya keluarga dan kesihatan serta menghargai setiap pemberian, berkat dan rahmat Tuhan.

Memberi secara ikhlas tidak pernah menyebabkan kita rugi namun ianya merupakan satu perkongsian berkat yang kita terima. Kita mungkin tidak berkemampuan untuk melakukan perkara yang besar namun adalah memandai jika melakukan perkara mengikut kemampuan masing-masing walaupun ianya sedikit. Lazimnya, amalan bersedekah dilakukan dalam bentuk kewangan namun saya berpendapat meluangkan masa untuk melawat saudara-mara atau sahabat handai yang kurang berkemampuan dan orang-orang yang telah lama kita tinggalkan merupakan satu perkara yang bermakna bagi mereka. Kehadiran kita dan kata-kata semangat mampu membawa pengharapan kepada mereka yang buntu dalam kehidupan atau sakit. Berdoalah untuk mereka agar Tuhan campur tangan. (Mt. 25:35-36)

Apabila kita membantu, jangan pula mengharapkan balasan kerana itu mungkin akan menghampakan kita. Lakukan dengan seikhlas hati dan sentiasa berserah kepada Tuhan untuk membimbing kita dalam setiap hal yang kita lakukan. Dengan iman, ganjaran kita telahpun tersedia apabila kita berhijrah dari dunia ini ke kehidupan baharu nanti.

Musim prapaska ini juga menumpukan perjalanan menuju ke arah puncak kemenangan dimana kita diingatkan tentang pembaharuan pembaptisan semasa paska, pengharapan kita tentang kehidupan kekal. Kita tidak seharusnya terus memilih hidup dalam kegelapan namun haruslah berusaha sedaya upaya untuk hidup dalam terang Kristus dan kongsikan sinaran cahaya itu kepada setiap orang. Lakukan dengan tindakan dan bukan semata-mata melalui kata-kata sahaja. Percaya dan yakinlah! bahawa Tuhan menyertai dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana Dia setia dalam segala sesuatu dan memberikan kekuatan kepada kita.

Brother Boniface Chang is from Kota Padawan, Kuching. He’s a student at College General Penang and is doing a one-year Pastoral Work at the Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary and Saints Chastan & Imbert.