How Are We Preparing for Christmas?
The Advent season is a special time to prepare ourselves to celebrate the birth of the Son of God, Jesus Christ, into the world. His coming brings the light of life to all who believe. Each year, during Advent, our parish is adorned with nativity decorations and Christmas trees, reflecting an atmosphere of joy.
On 1 December 2024 (Sunday), at 7:00 PM, a Christmas tree lighting ceremony was held. Parishioners gathered to sing together and witness the simultaneous lighting of the tree. In a brief homily, the Parish Priest, Rev. Fr. Dominic Santhiyagu, shared that the external decorations had been completed, and now it was time to focus on spiritual preparation for the celebration of Jesus’ birth.
He emphasised that we should not be solely focused on external adornments. What is more important is personal preparation. Therefore, parishioners were invited to visit five stations within the parish, reflecting on Luke’s Gospel 1–2:20, especially Luke 2:10, while asking themselves: What is the Good News for me personally?
May this year’s Christmas bring deeper meaning and significance to us as God’s children.
Bagaimanakah Persiapan Krismas Kita?
Musim Advent adalah tempoh istimewa untuk mempersiapkan diri menyambut kelahiran Putera Allah, Yesus Kristus, ke dunia. Kedatangan-Nya membawa cahaya kehidupan kepada kita yang beriman. Setiap tahun, pada musim Advent, paroki kita dihiasi dengan palungan dan pokok Krismas, mencerminkan suasana sukacita.
Pada 1 Disember 2024 (Ahad), jam 7 malam, satu upacara penyalaan lampu pokok Krismas telah diadakan. Para umat hadir bersama untuk menyanyi dan menyaksikan penyalaan lampu yang dilakukan secara serentak. Dalam homili ringkasnya, Paderi Paroki, Rev. Fr. Dominic Santhiyagu, menyampaikan bahawa perhiasan luaran telah disiapkan, dan kini tiba masanya untuk fokus kepada persiapan rohani bagi menyambut kelahiran Yesus.
Beliau menekankan bahawa kita tidak seharusnya hanya tertumpu kepada keindahan luaran. Yang lebih penting adalah persiapan peribadi. Oleh itu, umat diajak untuk menziarahi lima tempat perhentian di paroki dengan merenungkan Injil Lukas 1-2:20, terutamanya ayat Lukas 2:10, sambil bertanya: Apakah Khabar Baik bagi saya secara peribadi?
Semoga Krismas tahun ini membawa erti yang lebih mendalam dan bermakna kepada kita sebagai anak-anak Tuhan. (Bro Bonny)