A Call to Prayer and Reflection
Where do I place God in my life, and what is my relationship with God like? These questions centre around who God is to oneself. Life in this world is undeniably becoming more challenging each day, with various trials and obstacles. The busyness of life causes us to be distracted from prayer, distancing ourselves further from God.
Let us pray! Through prayer, we communicate with God on a personal level. This Lenten season, let us rekindle a better relationship with God and with one another. Prayer provides time and space for us to reflect spiritually on our true selves and cultivate a close relationship with a God who is always open-hearted, ready to listen and assist us in life. God never abandons us; delve into our spiritual lives so that we constantly experience God’s presence in all circumstances, whether in joy or sorrow. Believe and be confident that God is with us.
We also need moments of quiet with God so that we can hear the whispers guiding us closer to Him and gain a clearer understanding of God’s will for us. Seek tranquillity and peace with God (Mt. 6:6). Additionally, we can know God by deepening our knowledge of the Bible and making it a guide for our lives.
Furthermore, there are various church devotions that help us delve into our spiritual lives. For example, the Rosary prayer helps me emulate the humility of Mother Mary in responding to God’s call and fulfilling God’s plan as the Mother of Jesus. Reflecting on the mysteries of the Rosary in my life spiritually strengthens me to endure the cross and walk with Jesus in forming discipleship. Let us, with unwavering faith, prioritise God in our lives because of His immense love. God is always present in our lives, and His grace is available to all who believe and faithfully follow His teachings. May God bless you. (Br. Bonny)
Dimanakah saya menempatkan Tuhan dalam kehidupan saya, dan bagaimanakah hubungan saya dengan Tuhan? Soalan-soalan ini bertumpukan, siapakah Tuhan kepada diri sendiri. Kehidupan di dunia ini sudah pasti kian hari semakin mencabar dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Kesibukan menyebabkan kita leka untuk berdoa, kita semakin berjauhan dengan Tuhan.
Berdoalah! kerana melalui doa kita berkomunikasi dengan Tuhan secara peribadi. Musim prapaska ini, mari kita menjalinkan semula hubungan yang lebih baik dengan Tuhan serta sesama. Doa memberi masa dan ruang untuk kita merenung secara rohani akan diri kita yang sebenar dan menjalin hubungan erat bersama Tuhan yang sentiasa terbuka hati untuk mendengar dan membantu kita dalam kehidupan. Tuhan tidak pernah meninggalkan kita, dalami kehidupan rohani kita supaya sentiasa mengalami kehadiran Tuhan dalam apa jua keadaan sama ada masa senang mahupun susah. Percaya dan yakin bahawa Tuhan ada bersama kita.
Kita juga perlu saat teduh bersama Tuhan agar kita mampu mendengar bisikan suara Tuhan yang membimbing kita dekat kepada dirinya dan mempunyai pemahanan yang lebih jelas akan kehendak Tuhan untuk kita. Carilah ketenangan dan kedamaian dengan Tuhan. (Mt. 6:6). Kita juga boleh mengenali Tuhan dengan mendalami pengetahuan tentang Alkitab dan jadikan sebagai pedoman hidup.
Selain itu, terdapat juga pelbagai devosi Gereja yang membantu kita untuk mendalami hidup kerohanian. Sebagai contoh, Doa Rosario membantu saya untuk meneladani keperibadian Bonda Maria yang rendah hati dalam menyahut panggilan serta menyempurnakan rencana Tuhan menjadi Ibu Tuhan Yesus. Merenungkan misteri-misteri Rosario dengan kehidupan saya memberi kekuatan secara rohani untuk lebih tabah memikul salib dan berjalan ikut Yesus dalam pembentukan kepaderian. Mari kita tanpa putus asa dengan iman mengutamakan Tuhan dalam kehidupan kerana cinta kasihNya yang begitu besar. Tuhan sentiasa menyertai kita dalam kehidupan dan rahmatnya tersedia bagi setiap yang percaya dan setia mengikuti ajarannya. Tuhan memberkati.
Brother Boniface Chang is from Kota Padawan, Kuching. He’s a student at College General Penang and is doing a one-year Pastoral Work at the Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary and Saints Chastan & Imbert.